Sunday 10 August 2014

TEMA 5: MALAYSIA NEGARA BERDAULAT

TEMA 5: MALAYSIA NEGARA BERDAULAT

 JENTERA PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA
 YANG DIPERTUAN AGONG
- MAJLIS RAJA-RAJA


  • KETUA AUDIT NEGARA/ SURUHANJAYA BADAN PERUNDANGAN

- Parlimen ( Dewan Negara dan Dewan Rakyat)


  •  BADAN EKSEKUTIF

- Kabinet- Kementerian ( Jabatan/ Perbadanan Awam), Badan Berkanun, Badan Bukan Berkanun.

  •  BADAN KEHAKIMAN- Mahkamah Persekutuan/ Mahkamah Rayuan (Mahkamah Tinggi Malaya ( Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen), Mahkamah Tinggi Borneo ( Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen) 
  •  PERUNDANGAN (Legislatif) Menggubal undang-undang, meluluskan rang undang-undang, membahaskan rang undang-undang.
  •  PELAKSANA (Eksekutif) Melaksanakan dasar-dasar kerajaan, mentadbir dan memberi arahan, menerima dan melaksanakan arahan.
  •  KEHAKIMAN (Judisiari) Melaksanakan undang-undang, mentafsir undang-undang, menyelesaikan perbicaraan awam. 
  •  SURUHANJAYA DIRAJA Ditubuhkan untuk mengkaji, menyiasat atau menerima cadangan daripada suruhanjaya tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kepentingan awam. Antara isu yang diberi perhatian ialah persepsi awan terhadap agensi atau jabatan kerajaan yang disiasat untuk meningkatkan ketelusan dan membuat penambahbaikan. Suruhan jaya Diraja cuba menghapuskan tanggapan negatif dengan membuat cadangan untuk menjadikan jabatan dan agensi menjadi lebih cekap dan bertanggungjawab. Ahli-ahli suruhanjaya Diraja dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan terdiri daripada pakar yang berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu seperti kehakiman, politik, sosial dan akademik. Keputusan atau syor-syor yang dicadangkan diperoleh melalui penyiasatan secara terbuka.

  •  
  •  KENALI KEMENTERIAN-KEMENTERIAN DI MALAYSIA Terdapat 28 buah kementerian di Malaysia. Setiap kementerian dikawal oleh seorang menteri dan dibantu oleh seorang timbalan menteri. Agensi atau jabatan yang ditubuhkan dalam sesebuah kementerian menjalankan fungsi-fungsi tertentu. 


  • ANTARA KEMENTERIAN-KEMENTERIAN DI MALAYSIA 
  1.  Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Agensi Dadah Kebangsaan, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam, Polis Diraja Malaysia. 
  2.  Kementerian Kewangan Perbendaharaan Malaysia, Jabatan Akautan Negara, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. 
  3.  Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftar Pertubuhan, Jabatan Pendaftaran Negara. Kementerian Pertahanan Angkatan Tentera Diraja Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Veteran, Jabatan Latihan Khidmat Negara, Tentera Darat Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara diRaja Malaysia. 
  4.  Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi Jabatan Bekalan Air, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan. Kementerian Kerja Raya Jabatan Kerja Raya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia. 
  5.  Kementerian Luar Negeri Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri. Kementerian Belia dan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Majlis Sukan Negara, Perbadanan Stadium Merdeka. 
  6. Kementerian Pengajian Tinggi Jabatan Pengurusan IPT, Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Lembaga Akreditasi Negara, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Yayasan Tuanku Abdul Rahman. Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Istana Budaya, Jabatan Arkib Negara, Jabatan Muzium Malaysia, Jabatan Warisan Negara, Perpustakaan Negara Malaysia. 
  7. Kementerian Kesihatan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Hospital Kuala Lumpur, Institut Jantung Negara, Institut Kesihatan Umum, Institut Penyelidikan Perubatan, Jabatan Kesihatan Awam, Pusat Penyelidikan Klinikal. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Jemaah Pemasaran Lada Hitam Malaysia, Lembaga Getah Malaysia, Lembaga Koko Malaysia, Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia. 
  8.  Kementerian Pelancongan Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Institut Sosial Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Wanita.
  9.  Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Agensi Angkasa Negara, Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia, Jabatan Kimia, Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia, Jabatan Standard Malaysia, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom. 
  •  BENDERA MALAYSIA YANG BERKIBAR MENUNJUKKAN BAHAWA MALAYSIA NEGARA YANG BERDAULAT :-)



selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-57
pada malam ini !!!
saksikannn!!!

No comments:

Post a Comment