Sunday 10 August 2014

TEMA 3 : HIDUP BERMASYARAKAT

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

  •  · Pemeliharaan alam sekitar- Mengekalkan alam sekitar dalam keadaan asalnya.
  •  · Pemuliharaan alam sekitar- Usaha atau proses mengembalikan keadaan asal alam sekitar yang mengalami perubahan akibat tindakan manusia. 


LANGKAH-LANGKAH MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR

  • •Mengitar semula, Menguatkuasakan undang-undang, menggunakan kaedah biologi dalam pertanian, menanam tanaman tutup bumi, penghutanan semula, mengurus sampah sarap secara sistematik, mewartakan hutan simpan dan taman negara. 

ANTARA AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR

  • Jabatan Alam Sekitar (JAS) 
Institut Penyelidikan dan Perhutanan Malaysia. (FRIM)
•Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
•Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)
•Alam Flora Sdn. Bhd. JABATAN ALAM SEKITAR PERANAN
 •Menerima aduan dan mengambil tindakan terhadap isu-isu alam sekitar.
•Membincangkan dan menentukan resolusi yang berkaitan dengan alam sekitar di dalam dan luar negara. 

TANGGUNGJAWAB
 •Memantau aktiviti manusia yang menyebabkan pencemaran.
 •Menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984.

 AKTIVITI MANUSIA YANG MENJEJASKAN ALAM SEKITAR PENEROKAAN HUTAN
 •Tujuan pembalakan, pembinaan jalan raya, pertempatan , aktiviti pertanian pindah

. AKTIVITI PERINDUSTRIAN
 •Penebangan pokok, asap daripada kilang dan kenderaan, perataan lereng bukit.

 KEPEKAAN DAN TINDAKAN TERHADAP ISU DAN MASALAH ALAM SEKITAR

PUNCA PENCEMARAN UDARA

•Asap kenderaan, pembakaran terbuka, proses industri kilang.

KESAN
•Kesihatan terjejas, menyebabkan kemalangan, pertanian tidak produktif.

PUNCA PENCEMARAN AIR
•Bahan kumbuhan kilang, tumpahan minyak, aktiviti pertanian

 KESAN
•Hidupan akuatik mati, kesihatan terjejas, kekurangan bekalan air bersih.

 PUNCA PENCEMARAN DARAT
•Pembuangan sisa toksik, Penggunaan racun serangga, Pembuangan sampah sarap.

KESAN
•Ketidaksuburan tanah, mengeluarkan bau busuk, membahayakan nyawa.

PUNCAPENCEMARAN BUNYI
•Kenderaan dan jentera berat, kegiatan perlombongan/kauri, kawasan perindustrian.

 KESAN
 •Menjejaskan produktiviti, menyebabkan pekak, gangguan psikologi.

CONTOH-CONTOH BENCANA ALAM
 •Banjir, Tanah runtuh, Gempa bumi, Ribut, Tsunami, Kemarau.

 KESAN-KESAN BENCANA ALAM
 •Ancaman penyakit berbahaya, kehilangan nyawa dan haiwan ternakan, tanaman musnah, mengubah landskap dan bentuk muka bumi, kemusnahan harta benda.

No comments:

Post a Comment