Sunday 10 August 2014

TEMA 6 : CABARAN MASA DEPAN

TEMA 6-CABARAN MASA DEPAN MENGEKALKAN KEAMANAN NEGARA DAN SEJAGAT

ANCAMAN DALAMAN


  • -Penyeludupan dan penyalahgunaan dadah. 
  • Kumpulan militant atau puak ekstremis.
  • Kegiatan jenayah.
  • Kebanjiran pendatang asing.
  • Kegiatan rasuah.
  • Pemalsuan dokumen.
  • Penyalahgunaan teknologi. 
 ANCAMAN LUARAN -

  • Kegiatan lanun di perairan negara. -
  • Kekacauan politik. -
  • Pengaruh budaya barat. -
  • Masalah alam sekitar. 
  • -Serangan mata wang. -
  • Serangan penyakit-penyakit kritikal. -
  • Jenayah siber atau bahan-bahan porno. 
 KESAN-KESAN ANCAMAN DALAMAN
  • -Penyebaran pelbagai penyakit berbahaya. -
  • Merosakkan masa depan generasi muda. -
  • Meningkatkan kadar jenayah. -
  • Menggugat keselamatan negara. -
  • Menjejaskan ekonomi negara. 
 KESAN-KESAN ANCAMAN LUARAN -


  • Kejatuhan nilai ringgit dan menyebabkan ekonomi terjejas. -
  • Merosakkan akhlak dan moral remaja. -
  • Menyebabkan peningkatan suhu bumi. -
  • Mengancam nyawa manusia. -
  • Mendedahkan remaja dengan jenayah siber dan bahan-bahan porno. 

 SUMBANGAN MALAYSIA KEPADA KEAMANAN DUNIA PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM) -


  • Mengecam keganasan. -
  • Menyokong usaha-usaha mengekalkan keamanan. -
  • Mengambil pendekatan berkecuali ketika berlaku konflik.
 PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC) 

  • -Menyeru ke arah keamanan. 
  • -Menerajui negara-negara Islam seluruh dunia. 
  • -Memberi sumbangan dalam pembangunan negara-negara anggota. 
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU ( PBB)

  •  -Bantuan kemanusiaan kepada mangsa perang. 
  • -Mengecam keganasan yang berlaku di seluruh dunia. 
  • -Menghantar pasukan pengaman ke negara-negara yang bergolak. 
 MEMASTIKAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (IHL) DIPRAKTIKKAN

  •  -Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa diperkenalkan dalam Konvensyen Geneva 1949. 
  • -Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa dilaksanakan bertujuan untuk melindungi orang awam seperti wanita, kanak-kanak, orang tua, pelarian, tawanan perang, hal-hal berkaitan agama.
  •  -Penjenayah perang akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa. 
 PERATURAN-PERATURAN ASAS DALAM IHL
  •  -Melindungi orang yang cedera dan tidak terlibat dalam peperangan dengan penuh rasa kemanusiaan. 
  • -Tidak boleh membunuh atau mencederakan orang yang menyerah diri dan tidak berupaya. -
  • Melindungi kakitangan perubatan, pertubuhan, pengangkutan, dan peralatan perubatan. 
  • -Melindungi dan menghormati tentera dan orang awam yang ditawan. 
  • -Tidak boleh melakukan penderaan fizikal dan mental terhadap tawanan. 
  • -Dilarang menggunakan senjata nuklear, kimia dan biologi. 
  • -Tidak boleh menyerang orang awam; harus bezakan antara orang awam dengan tentera. 
PERTUBUHAN YANG MEMBERIKAN BANTUAN KEMANUSIAAN

  •  -Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 
  • -MERCY Malaysia. 
  • -Yayasan Salam Malaysia (SALAM) -
  • Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) 

 PENCABULAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA -

  • Membunuh orang awam semasa peperangan. -
  • Mendera dan memalukan tawanan perang yang menyerah diri. -
  • Menghalang mangsa yang cedera mendapatkan tawanan. -
  • Memusnahkan harta benda orang awam semasa peperangan. -
  • Tawanan disabitkan kesalahan tanpa mendapat hak perundangan. -
  • Membunuh musuh yang telah menyerah diri.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari merupakan orang Melayu terkaya di Malaysia yang menguasai pelbagai industri di Malaysia.
 Dilahirkan pada tahun 1952 di Alor Setar, Kedah dan merupakan pengasas Yayasan Albukhary Merupakan orang ke-8 terkaya di Malaysia.
 Jumlah Kekayaan: $2.75 bilion


TEKNOLOGI MASA HADAPAN :)

TEMA 5: MALAYSIA NEGARA BERDAULAT

TEMA 5: MALAYSIA NEGARA BERDAULAT

 JENTERA PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA
 YANG DIPERTUAN AGONG
- MAJLIS RAJA-RAJA


  • KETUA AUDIT NEGARA/ SURUHANJAYA BADAN PERUNDANGAN

- Parlimen ( Dewan Negara dan Dewan Rakyat)


  •  BADAN EKSEKUTIF

- Kabinet- Kementerian ( Jabatan/ Perbadanan Awam), Badan Berkanun, Badan Bukan Berkanun.

  •  BADAN KEHAKIMAN- Mahkamah Persekutuan/ Mahkamah Rayuan (Mahkamah Tinggi Malaya ( Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen), Mahkamah Tinggi Borneo ( Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen) 
  •  PERUNDANGAN (Legislatif) Menggubal undang-undang, meluluskan rang undang-undang, membahaskan rang undang-undang.
  •  PELAKSANA (Eksekutif) Melaksanakan dasar-dasar kerajaan, mentadbir dan memberi arahan, menerima dan melaksanakan arahan.
  •  KEHAKIMAN (Judisiari) Melaksanakan undang-undang, mentafsir undang-undang, menyelesaikan perbicaraan awam. 
  •  SURUHANJAYA DIRAJA Ditubuhkan untuk mengkaji, menyiasat atau menerima cadangan daripada suruhanjaya tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kepentingan awam. Antara isu yang diberi perhatian ialah persepsi awan terhadap agensi atau jabatan kerajaan yang disiasat untuk meningkatkan ketelusan dan membuat penambahbaikan. Suruhan jaya Diraja cuba menghapuskan tanggapan negatif dengan membuat cadangan untuk menjadikan jabatan dan agensi menjadi lebih cekap dan bertanggungjawab. Ahli-ahli suruhanjaya Diraja dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan terdiri daripada pakar yang berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu seperti kehakiman, politik, sosial dan akademik. Keputusan atau syor-syor yang dicadangkan diperoleh melalui penyiasatan secara terbuka.

  •  
  •  KENALI KEMENTERIAN-KEMENTERIAN DI MALAYSIA Terdapat 28 buah kementerian di Malaysia. Setiap kementerian dikawal oleh seorang menteri dan dibantu oleh seorang timbalan menteri. Agensi atau jabatan yang ditubuhkan dalam sesebuah kementerian menjalankan fungsi-fungsi tertentu. 


  • ANTARA KEMENTERIAN-KEMENTERIAN DI MALAYSIA 
  1.  Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Agensi Dadah Kebangsaan, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam, Polis Diraja Malaysia. 
  2.  Kementerian Kewangan Perbendaharaan Malaysia, Jabatan Akautan Negara, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. 
  3.  Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftar Pertubuhan, Jabatan Pendaftaran Negara. Kementerian Pertahanan Angkatan Tentera Diraja Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Veteran, Jabatan Latihan Khidmat Negara, Tentera Darat Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara diRaja Malaysia. 
  4.  Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi Jabatan Bekalan Air, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan. Kementerian Kerja Raya Jabatan Kerja Raya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia. 
  5.  Kementerian Luar Negeri Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri. Kementerian Belia dan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Majlis Sukan Negara, Perbadanan Stadium Merdeka. 
  6. Kementerian Pengajian Tinggi Jabatan Pengurusan IPT, Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Lembaga Akreditasi Negara, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Yayasan Tuanku Abdul Rahman. Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Istana Budaya, Jabatan Arkib Negara, Jabatan Muzium Malaysia, Jabatan Warisan Negara, Perpustakaan Negara Malaysia. 
  7. Kementerian Kesihatan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Hospital Kuala Lumpur, Institut Jantung Negara, Institut Kesihatan Umum, Institut Penyelidikan Perubatan, Jabatan Kesihatan Awam, Pusat Penyelidikan Klinikal. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Jemaah Pemasaran Lada Hitam Malaysia, Lembaga Getah Malaysia, Lembaga Koko Malaysia, Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia. 
  8.  Kementerian Pelancongan Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Institut Sosial Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Wanita.
  9.  Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Agensi Angkasa Negara, Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia, Jabatan Kimia, Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia, Jabatan Standard Malaysia, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom. 
  •  BENDERA MALAYSIA YANG BERKIBAR MENUNJUKKAN BAHAWA MALAYSIA NEGARA YANG BERDAULAT :-)



selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-57
pada malam ini !!!
saksikannn!!!

TEMA 4 : WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA

WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG PELBAGAI KAUM

PANTANG LARANG PELBAGAI KAUM


  •  Pantang larang merupakan suatu bentuk peraturan yang diwarisi sejak turun-temurun. Masyarakat zaman dahulu mengamalkan pantang larang untuk mengelakkan malapetaka berlaku. Pantang larang sebenarnya merupakan suatu kaedah untuk menyampaikan nasihat dan pengajaran.




 KAUM CINA

  •  Kenduri menyambut bayi
  •  upacara minum teh
  •  menyolek mayat
  •  pemberian angpau


 KAUM MELAYU

  •  Cukur jambul bayi berumur tujuh hari
  •  bersanding
  •  kenduri arwah
  • memakai inai untuk pengantin


 KAUM INDIA

  •  Lidah bayi disapu madu
  • Memakai thali.
  •  Pemberian dawri oleh pengantin perempuan kepada pengantin lelaki.
  •  Membakar mayat.


 KAUM IBAN

  •  Ulat panggilan untuk bayi
  •  upacara minum teh
  •  cucu si mati melangkah mayat
  •  melukis tatu. 


KAUM KADAZAN

  •  Mengikat daun wongkong di pintu
  •  membayar sugit
  •  adat bertangis untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pengantin,
  • adat moginupus. 

 KAUM MELAYU

  •  Jangan duduk di atas bantal, nanti ditumbuhi bisul.
  •  Orang perempuan tidak boleh menyanyi di dapur.


 KAUM CINA

  •  Jangan menyapu sampah pada Tahun Baru Cina, takut hilang tuah.
  •  Pisau tidak boleh diberikan sebagai hadiah. 


 KAUM INDIA

  •  Jangan makan sambil berjalan, nanti terkena penyakit di dalam perut. 
  • Ibu hendaklah memeluk bayinya semasa hujan lebat.


 KAUM IBAN

  • Jangan mengetuk telur dengan pisau, nanti bayi cacat penglihatan.
  •  Wanita mengandung tidak boleh menanam pokok pisang. 


 KADAZAN

  •  Jangan berpayung di dalam rumah, nanti disambar petir. 
  • Bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah.



PERKAHWINAN ORANG MELAYU

BAGAI PINANG DIBELAH DUA


MEMPERSEMBAHKANNNNNNNNN!!!!!!!

PERKAHWINAN DAN ADAT KAUM CINA





KALAU SUDAH JODOH TAK KE MANA.
TUA MUDA MISKIN KAYA ITU RAHSIA NYA

TEMA 3 : HIDUP BERMASYARAKAT

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

  •  · Pemeliharaan alam sekitar- Mengekalkan alam sekitar dalam keadaan asalnya.
  •  · Pemuliharaan alam sekitar- Usaha atau proses mengembalikan keadaan asal alam sekitar yang mengalami perubahan akibat tindakan manusia. 


LANGKAH-LANGKAH MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR

  • •Mengitar semula, Menguatkuasakan undang-undang, menggunakan kaedah biologi dalam pertanian, menanam tanaman tutup bumi, penghutanan semula, mengurus sampah sarap secara sistematik, mewartakan hutan simpan dan taman negara. 

ANTARA AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR

  • Jabatan Alam Sekitar (JAS) 
Institut Penyelidikan dan Perhutanan Malaysia. (FRIM)
•Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
•Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)
•Alam Flora Sdn. Bhd. JABATAN ALAM SEKITAR PERANAN
 •Menerima aduan dan mengambil tindakan terhadap isu-isu alam sekitar.
•Membincangkan dan menentukan resolusi yang berkaitan dengan alam sekitar di dalam dan luar negara. 

TANGGUNGJAWAB
 •Memantau aktiviti manusia yang menyebabkan pencemaran.
 •Menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984.

 AKTIVITI MANUSIA YANG MENJEJASKAN ALAM SEKITAR PENEROKAAN HUTAN
 •Tujuan pembalakan, pembinaan jalan raya, pertempatan , aktiviti pertanian pindah

. AKTIVITI PERINDUSTRIAN
 •Penebangan pokok, asap daripada kilang dan kenderaan, perataan lereng bukit.

 KEPEKAAN DAN TINDAKAN TERHADAP ISU DAN MASALAH ALAM SEKITAR

PUNCA PENCEMARAN UDARA

•Asap kenderaan, pembakaran terbuka, proses industri kilang.

KESAN
•Kesihatan terjejas, menyebabkan kemalangan, pertanian tidak produktif.

PUNCA PENCEMARAN AIR
•Bahan kumbuhan kilang, tumpahan minyak, aktiviti pertanian

 KESAN
•Hidupan akuatik mati, kesihatan terjejas, kekurangan bekalan air bersih.

 PUNCA PENCEMARAN DARAT
•Pembuangan sisa toksik, Penggunaan racun serangga, Pembuangan sampah sarap.

KESAN
•Ketidaksuburan tanah, mengeluarkan bau busuk, membahayakan nyawa.

PUNCAPENCEMARAN BUNYI
•Kenderaan dan jentera berat, kegiatan perlombongan/kauri, kawasan perindustrian.

 KESAN
 •Menjejaskan produktiviti, menyebabkan pekak, gangguan psikologi.

CONTOH-CONTOH BENCANA ALAM
 •Banjir, Tanah runtuh, Gempa bumi, Ribut, Tsunami, Kemarau.

 KESAN-KESAN BENCANA ALAM
 •Ancaman penyakit berbahaya, kehilangan nyawa dan haiwan ternakan, tanaman musnah, mengubah landskap dan bentuk muka bumi, kemusnahan harta benda.

TEMA 2 : HUBUNGAN KEKELUARGAAN :-)

TANGGUNGJAWAB DIJAGA , KELUARGA SEMPURNA ..
 Itulah ayat yang ditemui di dalam muka depan buku kita. apakah persepsi atau persoalan yang timbul di benak fikiran anda ketika anda suka membacanya..

 KELUARGA MUAFAKAT HUBUNGAN ERAT -

  •  hubungan erat ini akan terbentuk apabila setiap ahli keluarga saling menyayangi antara satu sama lain. 
  • Ibubapa menjaga dan mendidik anak-anak mereka untuk sentiasa saling menyayangi antara satu sama lain. 
Dengan didikan inilah , anak-anak akan sentiasa membiasakan diri mereka sesama sendiri bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya.

  •  BUKTI kasih saying anak-anak terhadap ibu bapa iaitu dengan menjaga tingkah laku , bertanggungjawab, taat dan patuh dan pelihara maruah keluarga. 

  • BUKTI daripada ibubapa pula adalah dengan menjaga ank-anak, memberi pelajaran , mendidik dan menyayangi anak-anak. 

Mengadulah kepada ibu atau bapa kita jika terdapat masalah di sekolah atau di tempat kerja. Namun, lain pula yang dilakukan oleh remaja sekarang. Mayapada, remaja sering kali mengadu dan berdoa di laman sosial..

  • Adakah selesai masalah kita ?? 
  • Adakah termakbul doa kita?? 
Fikirkan ..

  • Adakah satu kesalahan atau kesusahan bagi kita untuk kita berdoa kepada Yang Maha Esa? 
  • Adakah satu kesusahan bagi kita untuk mengadu kepada ibu bapa dan adakah ia satu kepayahan untuk kita mendengar nasihat mereka? 
TIDAK SAMA SEKALI !!!

Bahkan ia membantu kita untuk BERJAYA di masa hadapan. Oleh itu, kita perlu sentiasa memastikan keluarga kita bersatu hati , memahami dan saling membantu anatara satu sama lain jika inginkan kebahagiaan.

KEPEKAAN TERHADAP KEPERLUAN KELUARGA -

  1. setiap ahli keluarga mempunyai fungsi masing-masing , 
  2. setiap ahli kieluarga memerlukan antara satu sama lain, 
  3. setiap ahli keluarga harus memahami dan membantu antara satu sama lain. 
KELUARGA .
Keluraga terdiri daripada 5 bahagian utama. Antaranya ayah , ibu , abang , kakak dan adik.


  1.  AYAH = 
  • AYAH MERUPAKAN KETUA KELUARGA. AYAH HARUS MEMASTIKAN KEBAJIKAN SETIAP AHLI KELUARGA. DI SAMPING ITU, AYAH JUGA HARUS MEMASTIKAN KEPERLUAN SETIAP AHLI KELUARGA SENTIASA CUKUP. SELAIN ITU,AYAH JUGA HARUS MENJAGA MAKAN MINUM KELUARGA SENTIASA ADA DAN CUKUP DAN BEKERJA UNTUK MENAMPUNG PENYARAAN HIDUP AHLI KELUARGA. 
  1. IBU = 
  • IBU PULA MERUPAKAN HEROIN DI DALAM SESEBUAH KELUARGA. IBU MERUPAKAN ORANG YANG MELAHIRKAN KITA,MENGASUH,MENJAGA,MENDIDIK DAN MENGANDUNGKAN KITA 9 BULAN 9 HARI. PENGORBANAN SEORANG IBU TIDAK DAPAT KITA BALAS. IBU ADALAH ORANG YANG TERPENTING DIDALAM HIDUP KITA. KITA HARUS INGAT BAHAWA SYURGA TERLETAK DI BAHAWAH TELAPAK KAKI IBU. IBU JUGA HARUS SENTIASA MELIMPAHKAN KASIH SAYANG TERHADAP SETIAP AHLI KELUARGA DENGAN IKHKLAS. DI SAMPING ITU , IBU HARUS MENJAGA MAKAN MINUM KELUARGA DENGAN MEMASAK DENGAN AIR TANGAN SENDIRI. 
  1. ANAK-ANAK = 
  • ANAK-ANAK SEHARUSNYA MENUMPUKAN PERHATIAN TERHADAP PELAJARAN, MENDIDIK DAN MENGAJAR ADIK-ADIK DAN SENTIASA PATUH PADA SETIAP ARAHAN DAN NASIHAT IBU BAPA. KELUARGA SELAMAT HIDUP SEJAHTERA 
 - setiap insan mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia,aman dan damai tanpa ada berlaku sebarang perbalahan. sikap prihatin dan bantu-membantu dan mengambil berat sesama ahli keluarga dapat mengurangkan risiko tersebut. antara langkah yang boleh kita gunakan iaitu dengan memesan agar setiap kali seorang ahli keluarga kita hendak keluar dari rumah, kita berpesan kepada mereka agar tidak mudah mempercayai orang yang tidak dikenali.jka berlaku sebarang kecemasan , hubungi ahli keluarga atau pihak berkuasa jika perlu.

 MENJAGA MARUAH KELUARGA -
 anak-anak seharusnya memastikan maruah keluarga dijamin. Pernahkan anda memahami bagaimana perasaan ibu bapa anda jika mereka dipanggil untuk datang ke sekolah kerana anda mempunyai masalah disiplin? Ataupun wajah anda terpamapang di dada akhbar kerana telah melakukan jenayah yang melibatkan polis?

  •  SUKA SUKI JERR
(VIDEO KNOFLIK KELUARGA)

Tuesday 8 July 2014

TEMA 1 : PENCAPAIAN KENDIRI

                                                           SAYA NAK JADI DOKTOR ! 




SAYA PULA NAK JADI ENGINEER ! 



SAYA NAK JADI CIKGU !





 SAYA NAK JADI ARKITEK! 




Setiap pelajar haruslah mempunyai pilihan kerjaya yang mereka minati. Hal ini kerana , pelajar haruslah mempunyai minat tersendiri supaya dapat mendorong mereka untuk berjaya di masa hadapan. Namun,ada juga sesetengah pelajar yang masih belum mempunyai cita-cita atau minat terhadap sesuatu kerjaya. Ini akan menyebabkan mereka keliru untuk memilih bidang kerjaya ketika di Tingkatan 4 nanti. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, pelajar ini boleh merujuk kepada kaunselor yang berada di sekolah mereka. kaunselor mempunyai maklumat peribadi tentang diri kita. Kita juga boleh meminta bantuan kaunselor untuk memilih bidang kerjaya berdasarkan keputusan markah yang lebih cemerlang ke arah sesuatu matapelajaran. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kerjaya amat penting untuk kita :)